How to Use Linkedin for Job Searching

6 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2018 yang lepas telah berlangsung Program Ceramah Temuduga Secara Efektif yang dianjurkan oleh Jabatan IT, Politeknik Mukah. Seramai 140 para pelajar politeknik telah mengikuti ceramah tersebut yang diadakan di Dewan Kuliah Politeknik Mukah. Pihak Politeknik Mukah telah menjemput pengurus Pusat Internet Batang Maro bagi menyampaikan topik yang berguna untuk para graduan selepas tamat pengajian. Topik yang dipilih merupakan ‘How to Use Linkedin for Job Searching’. Linkedin merupakan antara applikasi yang menjadi tumpuan golongan pencari kerja selain Jobstreet.

Kelebihan Linkedin adalah ianya merupakan gabungan sosial media dan juga jobstreet. Para pengguna dapat berkongsi pengetahuan melalui post-post connections mereka. Jadi, objektif pengurus PI Batang Maro memilih topik ini adalah bagi memudahkan mereka mendapat platform untuk menambah ilmu pengetahuan dan juga mudah dalam pencarian kerja. Diharap para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang telah dikongsi dengan berguna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali